Perjalanan Kami
Daripada pengalaman dobi kepada ekosistem jenama tempatan.
Perjalanan Rumah Manis bermula pada tahun 2019 melalui Rumah Manis Laundry, sebuah perniagaan dobi layan diri yang menitikberatkan kebersihan, keselesaan dan mutu cucian.
Pengalaman mengurus operasi dobi setiap hari membina pemahaman mendalam tentang keperluan pencuci pakaian yang berkesan, selamat dan sesuai untuk mesin moden jenis muatan hadapan serta muatan atas.
Hari ini, Rumah Manis berkembang sebagai sebuah ekosistem perniagaan yang menghubungkan perkhidmatan dobi, pengilangan, pemasaran, OEM dan pengalaman gaya hidup.